Mamat ohh mamat

Pages

Sunday, January 2, 2011

Yuna paling stailista 2010


KUALA LUMPUR 29 DISEMBER 2010: Perjalanan dunia hiburan tanah air tidak akan berwarna-warni jika tidak diserikan dengan kehadiran bintang-bintang yang bijak bergaya.
Jika beberapa tahun lalu, kredibiliti penyanyi dan sosialit popular, Camelia sering diangkat sebagai ikon fesyen yang berjaya menyemarakkan permaidani merah mahupun acara penuh trendy, namun ketiadaan si cantik manis dari bumi Sarawak itu bagaimanapun sudah ada penggantinya.
Kemunculan penyanyi remaja bertudung litup, Yuna bagaikan transisi fesyen positif di kalangan penggemar industri muzik tempatan sealiran dengan bakat nyanyiannya yang semakin menyerlahkan sirnanya.
Imej serta identiti Yuna berseri nan mewangi, malah tidak konvensional. Imej bertudung gadis ini punyai gaya tersendiri, malah dia bijak mengalunkan gaya dan cara bagaikan alunan muzik mendayu yang sering dilagukannya dikala gundah.
Jarang sekali insan yang berjaya menggabungkan citarasa muslimah ke dalam persona moden. Meskipun moden, pemilihan Yuna masih pada persalinan longgar yang sama sekali tidak menjolok mata.
Maka, benarlah telahan seorang perunding gaya selebriti popular, Yana Husin yang menyifatkan penampilan penyanyi Dan Sebenarnya itu sama sekali tidak cliché meskipun imej santun dipilihnya kala di di atas pentas mahupun di alam penuh realiti.
Kemunculan penyanyi, Alyah juga tidak kurang hebatnya. Sepanjang tahun ini saja, namanya sering meniti di bibir ramai dek kerana gabungan identiti Lady Gaga dan Rihanna yang membuatkan penampilannnya kekal prominent.
Imej Alyah yang juga boleh disifatkan tidak clithce semakin berleluasa ketika kemuculan klip video Kau Bisu. Dia melampaui jangkaan dan gelaran wanita besi itulah dia. Kata nista orang, bukanlah pelemah semangatnya untuk terus maju.
Aktor, Sam Shaheizy adalah contoh terbaik dalam ramai-ramai selebriti lelaki di negara ini yang bijak menyempurnakan penampilannya. Tidak kira kala ke majlis hiburan mahupun ke anugerah hebat. Dia pasti umph!
Jarang sekali rasa bosan melihat kelibat Sam yang sering tidak alpa mengikuti perkembangan dunia fesyen. Penampilannya kala ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 di Genting Highlands adalah terbaik darinya.
Begitu juga dengan rakan seangkatanya, Zizan. Gelaran tukang karut atau pelawak bukanlah sebab musabab mengapa dia perlu tampil bersederhana mahupun langsung tidak memikirkan soal gaya dan penampilan.
Mungkin, bagi sesetengah pihak menganggap gaya Zizan tidak sesuai dengan perwatakannya yang kelakar, tapi apakan daya, nyata dia adalah contoh seorang pelakon komedi berjiwa moden lagi bijaksana kala bergaya.
Ikuti selebriti paling Stailista sepanjang 2010 yang dipilih secara rawak oleh portal murai.com.m

Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusof, Bekas Suami Siti Nordiana Meninggal Dunia

faizal yusof meninggal dunia

Al Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggal dunia. Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 10 pagi  (2 Januari 2011). Semoga segalanya dipermudahkan. Al-Fatihah.

Apa Sudah Jadi Shahir?


Tidak sudah sudah kontroversi melanda. Isu yang timbul selalunya berkaitan disiplin. Bukan sekali melibatkan teman media yang bersusah payah mendapatkan Shahir bagi menghiasi dada majalah atau akhbar dan akhirnya dibatalkan begitu sahaja tanpa alasan yang kukuh.
Banyak rungutan yang sudah ManggaOnline (MO) dengar. Senang cerita, susah betul nak dapatkan Shahir, mengalahkan artis nombor satu Malaysia. Apa sudah jadi? Betul ke Shahir ada problem
Kali terakhir MO dengar teman mengadu Shahir membatalkan sesi fotografi yang sepatutnya berlangsung pada hari berkenaan dengan alasan tidak sihat. Begitu mudah dia memberi alasan dengan hanya menghantar SMS.
MO tidak mahu menuduh Shahir mereka cerita, namun jika betul dia sakit tidak mengapalah. Tapi kasihan dengan teman MO yang tertangguh kerjanya gara-gara sikap tidak profesional Shahir.

Dan yang terbaru, Shahir yang sepatutnya muncul menyampaikan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan pada Konsert Ria 2010 yang berlangsung di i-City semalam, sekali lagi tidak hadir. Pihak pengurusan Astro berkata Shahir telah menghantar SMS kepada mereka mengatakan dirinya tidak sihat. Alasan yang sama dikemukakan setiap kali gagal menghadirkan diri.

Namun Konsert Ria tetap berlangsung meriah ditambah pula dengan kehadiran Ahmad Dhani dan kumpulan The Lucky Laki yang datang jauh dari Indonesia semata-mata untuk menghiburkan peminat di Malaysia.
Semoga Shahir dapat berikan penjelasan kepada peminat dan media berkaitan masalah disiplin yang dihadapinya. Untuk berjaya dalam apa sekalipun kerjaya yang diceburi, etika dan disiplin merupakan asas utama.