Mamat ohh mamat: Apa Sudah Jadi Shahir?

Saturday, January 1, 2011

Apa Sudah Jadi Shahir?


Tidak sudah sudah kontroversi melanda. Isu yang timbul selalunya berkaitan disiplin. Bukan sekali melibatkan teman media yang bersusah payah mendapatkan Shahir bagi menghiasi dada majalah atau akhbar dan akhirnya dibatalkan begitu sahaja tanpa alasan yang kukuh.
Banyak rungutan yang sudah ManggaOnline (MO) dengar. Senang cerita, susah betul nak dapatkan Shahir, mengalahkan artis nombor satu Malaysia. Apa sudah jadi? Betul ke Shahir ada problem
Kali terakhir MO dengar teman mengadu Shahir membatalkan sesi fotografi yang sepatutnya berlangsung pada hari berkenaan dengan alasan tidak sihat. Begitu mudah dia memberi alasan dengan hanya menghantar SMS.
MO tidak mahu menuduh Shahir mereka cerita, namun jika betul dia sakit tidak mengapalah. Tapi kasihan dengan teman MO yang tertangguh kerjanya gara-gara sikap tidak profesional Shahir.

Dan yang terbaru, Shahir yang sepatutnya muncul menyampaikan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan pada Konsert Ria 2010 yang berlangsung di i-City semalam, sekali lagi tidak hadir. Pihak pengurusan Astro berkata Shahir telah menghantar SMS kepada mereka mengatakan dirinya tidak sihat. Alasan yang sama dikemukakan setiap kali gagal menghadirkan diri.

Namun Konsert Ria tetap berlangsung meriah ditambah pula dengan kehadiran Ahmad Dhani dan kumpulan The Lucky Laki yang datang jauh dari Indonesia semata-mata untuk menghiburkan peminat di Malaysia.
Semoga Shahir dapat berikan penjelasan kepada peminat dan media berkaitan masalah disiplin yang dihadapinya. Untuk berjaya dalam apa sekalipun kerjaya yang diceburi, etika dan disiplin merupakan asas utama.

1 comments:

kindergartenlibrary said...

Nama pun dah jadi artis ..

panggil mamat ok?